Make your own free website on Tripod.com

Permulaan Home Page Saya

                    

Anda boleh mendapatkan E-mail,Kad ucapan Dan Homepage secara percuma dengan hanya memilih butang-butang berikut

E-mail percuma dari halaman rocketmail untuk anda.

E-mail percuma dari halaman hotmail untuk anda.

Kad ucapan percuma dari halaman mastercard untuk anda.

Kad ucapan percuma dari halaman digitalcard untuk anda.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak - pihak yang teribat di dalam membuat halaman homepage ini,kerana telah bayak memberi tunjuk ajar di dalam membina halaman sendiri, khasnya kepada...


Pensyarah Pembimbing En. Fadillong.

En. Lim ketua jabatan Ilmu Pendidikan Dinamika Maktab Perguruan Sains Bintulu.

Pensyarah Bimbingan Dan Kaunseling En. Akhiar.









Bagi anda yang ingin berkongsi pendapat tetang homepage dan sebagainya.


Nota:Halaman ini adalah suatu percubaan pada peringkat permulaan sahaja.....




Laman Web Jabatan Ilmu Pendidikan MPSB

Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Ilmu Pendidikan.

Laman web ini adalah laman Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Sains Bintulu. Tujuan laman ini adalah untuk menyampaikan maklumat kepada guru pelatih tentang tugasan dan kerja kursus berportfolio yang perlu dijalankan semasa semester ini di samping menyampaikan maklumat-maklumat lain mengenai pendidikan. Laman web ini mula berfungsi sejak 29 Mei, 1998 dan masih dalam pembinaan.

Kepada semua guru pelatih yang dihormati:

Selamat Kembali ke Maktab

Tanggal 15 Jun, 1998 menandakan hari pertama semester kedua tahun ini. Selepas dua minggu bercuti, kita telah balik semula ke maktab; kita telah mula sibuk dengan pelbagai jenis aktiviti seperti menghadiri kuliah, menyertai gerko, menyiapkan tugasan, memulakan kerja kursus berportfolio (KKB) dan sebagainya.

Untuk membantu guru pelatih dalam pelaksanaan KKB, kami di JIP telah menambah beberapa maklumat baru dalam Laman Web ini. Untuk mereka yang pertama kali melawat laman ini, kita telah beroperasi sejak 29 Mei, 1998 lagi. Kandungan laman web ini pada masa itu menerangkan persediaan untuk menghadapi semester ini, termasuk tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh guru pelatih. Anda boleh membaca sebahagian daripada mesej kami di bawah.

Kali ini, kami telah memuatkan laman ini dengan maklumat-maklumat baru seperti topik-topik perbincangan untuk semua bidang IPD iaitu Pendidikan di Malaysia (PDM II), dan Bimbingan dan Kaunseling (BK). Panduan melaksanakan KKB juga dapat disampaikan untuk guru pelatih Semester V. Kami juga telah berusaha mencari tapak-tapak web pendidikan yang menarik dan berfaedah untuk guru pelatih dan meletakkannya sebagai `links' kepada laman ini. Sila semaklah sendiri.

Semoga Laman Web JIP ini berguna untuk anda.

Selamat Belajar!

Daripada: Pensyarah-pensyarah JIP, MPSB (Jun 1998)


Mesej kami kepada Guru Pelatih pada 29 Mei, 1998

Kami berharap semua guru pelatih telah sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat dan kini berada dalam keadaan sihat dan gembira bersama-sama keluarga.

Dalam keseronokan cuti ini, harap jangan terlupa tentang edaran yang anda terima semasa perhimpunan pada 29 Mei, 1998. Edaran tersebut menerangkan persediaan yang anda perlu buat menjelang Semester 5 nanti.

Cuba dapatkan buku-buku rujukan ini untuk bacaan umum: i) Pendidikan di Malaysia oleh Mok Soon Sang (Budiman); dan ii) Bimbingan dan Kaunseling oleh Mohd Salleh Lebar (Longman)

(Anda juga boleh dapatkan buku-buku PDM dan BK yang lain).

Sila baca tajuk-tajuk "Guru dan Kemahiran Professional" dan "Profesion Keguruan" dan buat nota ringkas dalam bentuk point form atau peta minda. Bawa nota ringkas anda ke maktab nanti.

TUGASAN 1: INTERVIEW

Pilihlah seorang guru yang telah bersara atau guru yang telah mengajar lebih daripada 20 tahun. Adalah lebih senang untuk anda buat ini semasa cuti kerana anda mungkin kenal guru yang sedemikian di tempat tinggal anda sendiri.

Fokus interview ini adalah mengenai keadaan profesion keguruan pada masa dulu terutama sekali tentang program peningkatan profesionalisme keguruan pada masa itu. Bahan interview ini akan anda gunakan untuk membuat perbandingan dengan keadaan sekarang. Perbandingan ini akan anda buat apabila anda balik semula ke maktab pada Semester 5 nanti. Peringkat ini, anda cuma kumpul maklumat melalui interview.

Jangan lupa surat akuan yang perlu ditandatangani oleh guru tersebut!

TUGASAN 2: KERATAN AKHBAR

Cuba dapatkan keratan akhbar mengenai Sekolah Bestari, isu-isu pendidikan semasa, berita mengenai pendidikan dll. Keratan akhbar ini adalah untuk perbincangan topik-topik PDM dan juga BK. Kumpulkan seberapa banyak yang anda boleh dan letakkan dalam folio.

Terima kasih kerana melawat laman web ini. Datanglah kembali kerana kami akan muatkan laman web ini dengan maklumat-maklumat lain dari masa ke semasa.

Selamat Bercuti, Selamat menyambut Hari Gawai daripada pensyarah-pensyarah JIP !


Topik-topik Perbincangan untuk PDM II dan BK II

PENDIDIKAN DI MALAYSIA (PDM II)

Minggu 1(15-19/6/98) : Profesion Keguruan - Keguruan sebagai satu profesion

Minggu 2 (22-26/6/98): Profesion Keguruan - Kod Etika Perguruan

Minggu 3 (29/6-3/7/98): Guru sebagai seorang Professional - Sifat dan kualiti - peribadi

Minggu 4 (6-10/7/98): Sifat dan kualiti - profesional, kualiti

Minggu 5 (13-17/7/98): Akauntabiliti Guru - pengertian, akauntabiliti terhadap diri, pelajar, ibu bapa, program pendidikan dan negara

Minggu 6 (20-24/7/98): Langkah Meningkatkan Profesionalisme Keguruan - Kursus dalam perkhidmatan, Kursus dalaman

Minggu 7 (27-31/7/98): Langkah Meningkatkan Profesionalisme keguruan - Penyelidikan dan penulisan

Minggu 8 (3-7/8/98): Langkah Meningkatkan Profesionalisme Keguruan - Pendidikan arah kendiri

Minggu 9 (10-14/8/98): Langkah Meningkatkan Profesionalisme Keguruan - Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini

Minggu 10 (17-21/8/98): Isu-isu Semasa Dalam Perkembangan Pendidikan - Kecemerlangan pendidikan,Sekolah Bestari

Minggu 11(24-28/8/98): Isu-isu Semasa Dalam Perkembangan Pendidikan - Pengkorporatan dan penswastaan pendidikan

Minggu 12 (31/8-3/9/98): Isu-isu Semasa Dalam Perkembangan Pendidikan - Pendidikan Alam Sekitar,AIDS dan dadah,Isu-isu lain yang berkaitan

Minggu 13 - 14 (4-22/9/98): CUTI PERTENGAHAN TAHUN

Minggu 15 (23-25/9/98): Kerjasama Serantau Dan Antarabangsa Dalam Pendidikan - SEAMEO,RELC,RECSAM,INNOTECH,VOCTECH,RIHED,UNESCO

Minggu 16 (28/9-1/10/98): .Kerjasama Serantau Dan Antarabangsa Dalam Pendidikan - Bank Dunia,Bank Islam Antarabangsa

Minggu 17 (5-9/10/98) : .Kerjasama Serantau Dan Antarabangsa Dalam Pendidikan - Pusat Kecemerlangan pendidikan serantau

Minggu 18 (12-16/10/98): UJIAN PERCUBAAN

Minggu 19 (12-13/10/98) :ULANGKAJI

Minggu 20 - 22 (26/10-13/11/98): MINGGU PEPERIKSAAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING (BK II)

Minggu 1(15-19/6/98) : Pengenalan kepada B&K II

Minggu 2 (22-26/6/98): Perkembangan potensi murid - konsep pelbagai kecerdasan

Minggu 3 (29/6-3/7/98): Perkembangan potensi murid- Petunjuk-petunjuk untuk mengenalpasti potensi murid

Minggu 4 (6-10/7/98): Perkembangan potensi murid - penilaian kognitif dan bukan kognitif

Minggu 5 (13-17/7/98): Pelbagai masalah murid - peribadi, sikap, emosi, penampilan diri, keluarga, kesihatan, kewangan

Minggu 6 (20-24/7/98): Masalah akademik - pencapaian, hubungan dengan guru, aspirasi sekolah

Minggu 7 (27-31/7/98): Masalah sosial - delinkuensi, penyalahgunaan dadah, kurang bermoral, salahlaku, jenayah

Minggu 8 (3-7/8/98): Peraturan dan prosedur menjalankan bimbingan dan kauseling individu

Minggu 9 (10-14/8/98): Peraturan dan prosedur menjalankan bimbingan dan kauseling kelompok

Minggu 10 (17-21/8/98): Peraturan dan prosedur menjalankan bimbingan dan kauseling rakan sebaya

Minggu 11(24-28/8/98): Penggunaan bilik bimbingan dan kaunseling

Minggu 12 (31/8-3/9/98): Tatacara disiplin sekolah

Minggu 13 - 14 (4-22/9/98): CUTI PERTENGAHAN TAHUN

Minggu 15 (23-25/9/98): Tatacara disiplin sekolah

Minggu 16 (28/9-1/10/98): Langkah mengenalpasti dan mengatasi masalah disiplin

Minggu 17 (5-9/10/98) : Langkah mengenalpasti dan mengatasi masalah disiplin

Minggu 18 (12-16/10/98): UJIAN PERCUBAAN

Minggu 19 (12-13/10/98) :ULANGKAJI

Minggu 20 - 22 (26/10-13/11/98): MINGGU PEPERIKSAAN


Halaman seterusnya ...