KERTAS CADANGAN :

CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

  1. Pengenalan
  2. Aktiviti yang dicadangkan berikut merupakan garis panduan kepada ahli jawatan kuasa penyelaras aktiviti Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah. Keutamaan adalah ditumpukan kepada perkhidmatan kaunseling untuk membantu individu atau murid-murid terutamanya dalam bidang akademik di samping untuk meningkatkan kebolehan murid untuk hidup berdikari dan mengisi masa yang terluang.

     

  3. Objektif
    1. Mempertingkatkan dan memperkukuhkan motivasi murid untuk terus berusaha dan bersedia menghadapi cabaran hidup masa kini dan masa akan datang.
    2. Membantu murid-murid mempertingkatkan mutu pembelajaran mereka agar dapat mencapai keputusan yang memuaskan .
    3. Menyediakan serta melengkapkan diri murid agar mempunyai sikap ingin berdikari.
    4. Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.
    5. Memupuk dan mempertingkatkan kerjasama di antara ibu bapa dengan guru atau pihak sekolah.

     

  4. Rasional
    1. Memperlengkapkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi agar dapat menempuh hidup dalam zaman yang semakin maju supaya mereka tidak tertinggal dan tersisih daripada masyarakat.
    2. Mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap ingin berdikari dan tidak terlalu bergantung pada individu lain.
    3. Mampu melahirkan murid-murid yang berkebolehan serta anti terhadap segala gejala sosial yang negatif seperti penagihan dadah, budaya lepak dan sebagainya.

     

  5. Sasaran
  6. Sasaran aktiviti atau program adalah ditumpukan kepada semua murid-murid, guru dan ibi bapa S.R.K Pelaman Sidunuk, Padawan, Kuching.

     

     

  7. Tema
  8. " Ke Arah Kecemerlang Diri"

     

     

     

  9. Perkhidmatan dan aktiviti

 

 

 

PROGRAM

 

 

TEMPOH

 

OBJEKTIF

 

SASARAN

 

CATATAN

 

Program orentasi

 

Awal tahun (kemasukan pelajar baru)

(4-8/1/98)

 

 

  • Pendedahan kepada pelbagai kemudahan di sekolah.
  • Memperkenalkan guru dan staf skongan.
  • Membantu dalam pentesuaian dari segi sosioemosi dan budaya sekolah.

 

 

Pelajar-palajar.

 

 

Taklimat UPSR

 

2 hari

(15-16/1/98)

 

  • Meningkatkan dan mengekalkan motivasi murid-murid untuk belajar agar mencapai kecermalangan dalam UPSR.
  • Meningkatkan keyakinan agar tidak mengelabah dalam menghadapi peperiksaan.
  • Pendedahan kepada strategi dan teknik menjawab yang betul.

 

 

 

 

 

 

Murid-murid tahun Enam.

 

Penceramah jemputan

(Jabatan Pendidikan

Pegawai Pendidikan).

 

Kursus kepimpinan pengawas

 

29-31/1/98

(3 hari)

 

  • Membentuk dan melahirkan sifatkepimpinan di kalangan pengawas.
  • Membentuk asas-asas kepimpinan di kalangan murid (pengawas)
  • Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pengawas.

 

 

Pengawas sekolah dan murid dipilih sahaja seperti ketua kelas dan penolong ketua kelas.

 

 

Diselengara-

kan oleh pihak sekolah sendiri.

Penceramah jemputan dari Jabatan Pendidikan Negeri

 

Konforens dengan ibu bapa.

 

7/5/98

(1 hari)

 

  • Memberi penjelasan kepada ibu bapa mengenai kemudahan dan resos yang ada di sekolah dan masyarakat setempat untuk kegunaan pelajar, ibu bapa dan guru.
  • Memberi pendekatan cara ibu bapa supaya boleh bekerjasama dengan pihak sekolah.

 

 

Para ibu bapa dan guru.

 

Semua ibu bapa yang mempuntai anak-anak yang bersekolah.

 

Kem motivasi

 

Cuti pertengahan tahun

(2-6/6/98)

Seminggu

 

  • Meningkatkan dan mengukuhkan motivasi murid-murid untuk belajar agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam ujian penggal dan UPSR.
  • Pendedahan kepada strategi dan teknik belajar yang betul.
  • Membantu murid agar lebih yakin dalam menghadapi peperiksaan yang bakal ditempuhi khasnya peperiksaan akhir tahun.

 

 

Semua murid tahun lima.

 

Dijalankan di luar kawasan sekolah.

 

Kaunseling individu dan kelompok

 

10-30/1/98

 

  • Memberi pendedahan cara menghadapi masalah pembelajaran.
  • Cara berinteraksi dengan rakan sebaya.
  • Memberi pendekatan cara guna masa lapang dengan betul.
  • Cara hadapi masalah harian.

 

 

Semua murid tahun 4,5 dan 6.

 

Guru kelas dan kaunseling.

 

Ceramah penyalahguaan dadah.

 

19-20/9/98

(2 hari)

 

  • Memberi pendedahan awal tentang apa itu najis dadah.
  • Memberi kesedaran kepada murid teMemberitahu kepada murid tentang jenis-jenis najis dadah.tang bahaya najis dadah dan kesan-kesan buruknya.

 

 

Muri-murid tahun 4, 5 dan 6.

 

 

 

Program anak angkat

 

Masa cuti:

Pertengahan tahun dan hujung tahun.

 

  • Mendidik dan membiasakan murid agar menggunakan masa cuti dengan berfaedah dan bertanggungjawab.
  • Mendedahkan kepada murid cara hidup masyarakat atau kaum lain.
  • Memberi peluang dan membantu murid-murid yang tidak dapat balik untuk menjalani kehidupan seharian berkenaan makanan, tempat tinggal dan lain-lain.

 

 

Murid-murid asrama dan murid yang dipilih.

 

bu bapa yang dipilih dan juga guru-guru dijadikan sebagai bapa/ibu angkat.

 

Mentor

 

Sepanjang tahun

(Jan- Nov)

 

  • Membantu murid-murid di dalam aspek kehidupan seharian seperti dalam bidang akdemik dan peribadi.
  • Merapatkan silaturahim di anatara guru (mentor) dengan murid dan antara murid dengan murid.
  • Meningkatkan kebolehan murid untuk berdikari.

 

 

Semua murid.

 

Mentor adalah guru kelas dan guru kaunseling dan waden.

 

 

 

 

 

  1. Jawatan kuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling .

 

 

JAWATAN KUASA PENYELARAS AKTIVITI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

 

 

(Y.B. N. 11. Padawan)

 

 

(Guru Besar)

 

(Penolong Kanan HEM)

 

(Ketua Bidang)

 

(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

 

 

( Penolong Guru Bimbing & Kaunseling)

 

 

SEBELAH >