DISEDIAKAN OLEH : WILLIE GABRIEL ENAK

KUMPULAN : M5S

MAKTAB PERGURUAN SAINS BINTULU

Laman ini direka khas oleh : George Langat Ngau

Kumpulan : M1T696

REFLEKSI KENDIRI TENTANG PENYELESAIAN MASALAH

Apa yang saya dapat ialah:

1. bagi saya ianya agak mencabar juga dimana setiap soalan yang dibuat hendaklah mengikut model Polya dari segi penyelesaiannya. Tentulah ini agak sukar kerana saya hendaklah merancang bagaimana hendak menerangkan cara penyelesaian supaya mudah difahami oleh pembaca khususnya murid itu sendiri.

 

2. saya juga sentiasa menangguh kerja saya sehingga 3 minggu barulah dibuat latihan tersebut. Sebelum cuti bermula, saya memaksa diri saya untuk membuat/menghabiskan latihan kendiri dan meminta pandangan/komen dari rakan saya agar saya dapat membuat refleksi ini.

3 ianya juga dapat membantu saya bagaimana saya merancang strategi penyelesaian bagi sesuatu masalah yang diutarakan mengikut model Polya.

4. Keseluruhan penyelesaian masalah aras murid merupakan aras murid rendah . Namun begitu sukar juga dibuat berdasarkan model Polya. Apatah lagi kalau aras murid sekolah menengah. Bagi aras guru adalah penyelesaian masalah bukan rutin. Soalan seperti soalan IQ di mana saya kena mencari strategi untuk mencari penyelesaian. Walapun sukar, saya mencuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian.

 

 

LAPORAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN

 

Kekuatan:

1. Dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru di mana kemahiran/bab yang diajar adalah asing bagi saya dan ini sudah tentu menarik minat saya mempelajari.

 

2. Dapat memajukan diri dari setiap aspek bahagian matematik yang tinggi untuk kegunaan masa depan sebagai seorang guru di mana zaman akan datang yang penuh dengan cabaran dan pancaroba dari segi pendidikan negara pada abad ke-21.

 

3. Berusaha mencari jawapan kepada soalan sukar hingga berjaya. Apabila saya dapat mencari penyelesaian, maka saya akan gembira tetapi apabila saya gagal, saya tak putus asa malah saya mencari rakan saya untuk membantu mencari penyelesaian . ini akan membantu saya dan rakan saya dalam membuat latihan tersebut.

 

Kelemahan:

 

1. Saya suka menangguh dan malas untuk membuat latihan kendiri. Kadangkala saya begitu bosan untuk membuat latihan tersebut. Ini terdorong apabila rakan saya tidak membuat latihan minggu itu, maka saya pun tidak membuat juga. Tapi apabila saya fikir bahawa kerja akan bertambah banyak, maka mendesak diri saya membuat latihan ini.

 

2. Saya begitu lama untuk memahami satu-satu kemahiran dalam latihan ini kerana saya baru jumpa seperti ini dan saya berasa seolah-olah baru belajar matematik. Ini berlaku pada saya dan ini menyebabkan apabila saya tidak tahu, saya akan mengambil latihan dari buku dan salin sahaja. Tapi bagi saya, apabila saya salin semula apa yang ditulis, saya dapat faham cara penyelesaian yang dibuat.

 

LANGKAH PERBAIKI KELEMAHAN

 

1. Saya akan memastikan bahawa saya sudah dapat memahami keseluruhan kemahiran-kemahiran yang ada dalam topik ini sebelum saya membuat latihan.

 

2. Sekiranya saya tidak dapat faham apa yang diterangkan maka saya akan meminta bantuan daripada rakan-rakan saya untuk menolong kelemahan saya ini.

 

3. Seringkali saya membuat latihan dengan cuai, dengan itu pada masa depan saya akan membuat latihan dengan berhati-hati.

 

4. Apabila saya sukar membuat latihan itu maka saya akan terus berpindah ke soalan lain. Inilah kelemahan yang ketara saya buat. Soalan itu nanti tak akan saya buat lagi dan simpan sehingga saya benar-benar ingin mencuba latihan itu. Tapi akhirnya juga saya pasti mencubanya.

 

5. Saya suka soalan yang pendek dan mudah. Jadi apabila saya lihat soalan panjang maka dengan mudah saya akan berpindah soalan lain. Saya beranggapan soalan panjang tersebut adalah sukar. Jadi, saya pun tak buat soalan itu. Jadi, lain kali akan saya cuba soalan itu walaupun satu dan membaca sama ada ianya sukar atau tidak.

 

 

 

PROGRAM DAN AMALAN BIMBINGAN

 

ALIRAN :

 

KAUNSELING KERJAYA AKAN TERUS MENJADI UNSUR PENTING DALAM PROGRAM PENDIDIKAN.

 

Pengetahuan kaunselor tentang perkembangan kerjaya dan pekerjaan serta perancangan pendidikan menjadi asas kepimpinan dalam perkembangan dan pelaksanaan program pendidikan kerjaya.

 

 

ALIRAN 2

 

SEMAKIN BANYAK SEKOLAH AKAN MENAWARKAN PENDIDIKAN PSIKOLOGI

 

Sekolah akan menawarkan pelbagai pengalaman kurikulum yang melibatkan tentang penjelasan tentang nilai, dilema moral, proses membuat keputusan dan juga prinsip-prinsip kesejahteraan psikologi.

 

 

ALIRAN 3

 

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN AKAN MENJADI BERTAMBAH BAIK BERBANDING DENGAN YANG ADA PADA HARI INI

 

Perkhidmatan bimbingan yang bermutu diberikan kepada pelajar secara berperingkat. Sistem sekolah akan menyediakan program bimbingan yang bersepadu daripada peringkat akhir sekolah rendah.

 

 

ALIRAN 4

 

PERKHIDMATAN PENEMPATAN KERJAYA AKAN MENJADI SEMAKIN KEMAS DAN MENJADI SATU UNSUR DALAM PROGRAM BIMBINGAN

 

Program ini akan menawarkan perkhidmatan rujukan untuk mendapatkan peluang kerjaya, mengajar teknik mencari kerja, mendapatkan senarai pekerjaan, memohon pekerjaan serta membuat penempatan pekerjaan dan perkhidmatan susulan.

 

 

ALIRAN 5

 

CAMPURTANGAN KRISIS AKAN MENJADI CIRI PENTING BAGI PROGRAM BIMBINGAN YANG BERKESAN

 

Program ini bertujuan untuk membantu murid yang menghadapi keadaan yang sangat mengelirukan dan mengakibatkan krisis-krisis seperti kematian, keganasan, perpisahan dalam keluarga dan sebagainya.

 

 

ALIRAN 6

 

SEKOLAH AKAN MEMBUAT DASAR PENGURUSAN, PENGGUNAAN SERTA AKSES TERHADAP REKOD PELAJAR

 

Undang-undang persekutuan terbaru terkandung dalam "Family Educational Right And Privacy Act of 1974" serta perubahan yang dibuat kemudiannya memberi mandat untuk menukar cara rekod pelajar disimpan dan diuruskan serta melindungi hak dan rahsia pelajar.

 

 

ALIRAN 7

 

USAHA YANG LEBIH GIGIH AKAN DILAKUKAN UNTUK MENCARI PUNCA DAN PENCEGAHAN PENYAKIT EMOSI MANUSIA

 

Pada masa akan datang, tumpuan mungkin akan beralih pada pencegahan gangguan emosi yang berpunca daripada faktor utama (keturunan) dan faktor kedua yang melibatkan makanan, tingkah laku sosial, tabiat, persekitaran dan sebagainya.

 

 

ALIRAN 8

 

SEMAKIN RAMAI KAUNSELOR YANG DIAMBIL BEKERJA SEPENUH MASA

 

Sekolah akan mengambil kaunselor sepenuh masa dengan lebih banyak lagi dan menyediakan perkhidmatan bimbingan sepanjang tahun.

 

 

ALIRAN 9

 

JUMLAH KAKITANGAN BIMBINGAN YANG DIAMBIL DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH SERTA KOLEJ RENDAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AKAN MENINGKAT

 

Kadar pertambahan adalah kira-kira 3% sahaja bergantung kepada kadar pendaftaran kanak-kanak di sekolah.

 

 

ALIRAN 10

 

SOKONGAN KEWANGAN DARIPADA PIHAK KERAJAAN TERHADAP PROGRAM DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH AKAN BERTERUSAN

 

Kakitangan bimbingan akan diambil lebih ramai dari jabatan pendidikan negeri bagi menguruskan tabung ini. Perkhidmatan rundingan dan penyeliaan kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah ditambahkan di sekolah-sekolah.

 

 

ALIRAN 11

 

PENGGUNAAN PERALATAN MODEN LEBIH MELUAS UNTUK MENYIMPAN DAN MENGELUARKAN DATA PENILAIAN PELAJAR MAKLUMAT LAIN TENTANG MASYARAKAT DAN SEKOLAH SERTA PROGRAM PERKEMBANGAN KERJAYA AKAN MELUAS

 

Peralatan elektronik ini membolehkan kajian tentang demografi dan ekologi pelajar dalam komuniti yang berubah-ubah dijalankan dengan berkesan untuk menyampaikan maklumat pendidikan vokasional.

 

 

ALIRAN 12

 

KEBERTANGGUNGJAWABAN PROGRAM BIMBINGAN AKAN SEMAKIN DITUNTUT

 

Penyelidikan dan kajian akan menilai program dan amalan bimbingan dijangka akan meningkat. Proses kaunseling dijalankan lebih meluas dan lebih bersungguh-sungguh lagi.

 

ALIRAN 13

 

AMALAN KAUNSELOR AKAN SEMAKIN BERUBAH

 

Fungsi kakitangan bimbingan berubah iaitu dengan mewujudkan pengkhususan. Bimbingan secara kelompok akan menjadi semakin popular. Penggunaan teknik pengukuhan, perupaan, permainan peranan akan diserap.

 

 

ALIRAN 14

 

PROGRAM PERSEDIAAN BAGI KAUNSELOR AKAN TERUS MENGHADAPI PERUBAHAN BESAR

 

Program ini menekankan prestasi akademik untuk kemasukan yang mana kandungan program untuk persediaan kaunselor akan semakin membayangkan pendekatan yang bercorak pelbagai disiplin. Latihan kaunselor akan merangkumi latihan pengetahuan tentang cara-cara melaksanakan modifikasi tingkah laku dan pengalaman yang berkaitan dengannya. Latihan kaunselor yang merangkumi aspek kefahaman diri dan pengetahuan tentang struktur diri. Kaunseling kelompok akan meningkat.

 

 

ALIRAN 15

 

PROSES PERSEDIAAN DAN PENSIJILAN KAUNSELOR AKAN TERUS DIPENGARUHI OLEH PELBAGAI-BAGAI TEKANAN LUAR

 

Perubahan akan berlaku dalam beberapa hal seperti yang berikut:

a. jangkamasa pengalaman mengajar aakan dikurangkan.

b. prosedur timbal balik akan diuruskan.

c. amalan memberi atau mengecualikan pemberian sijil kepada kakitangan.

d. penentuan kelayakan calon untuk menjawat jawatan dalam bidang bimbingan di sekolah akan lebih bergantung kepada jabatan pendidikan negeri.

 

Sebuah organisasi kebangsaan digunakan untuk mengiktirafkan institusi yang menyediakan program persediaan kaunselor "standart for the preparation o conselor dan other personel servis specialistists".

 

ALIRAN 16

 

SEMAKIN BANYAK NEGERI YANG MENGGUBAL UNDANG-UNDANG PERLESENAN BAGI KAUNSELOR YANG MENGENAKAN BAYARAN UNTUK PERKHIDMATAN MEREKA

 

Kaunselor yang bertugas di sekolah kerajaan yang memberikan khidmat persendirian dengan bekerja secara sampingan dikehendaki mendapatkan lesen.

 

 

ALIRAN 17

 

JUMLAH WANITA YANG MENGIKUTI PROGRAM PERSEDIAAN KAUNSELOR AKAN SEMAKIN MENINGKAT

 

Pertambahan bilangan wanita yang mengikuti program ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor:

a. sesuai dengan tugas wanita.

b. kekurangan bantuan kewangan.

c. gerakkan menegak hak kaum wanita memberi galakan kepada wanita untuk mengikuti program ini.

 

 

 

ALIRAN DALAM DAN FUNGSI KAUNSELOR

 

ALIRAN 18

 

KAUNSELOR SEKOLAH RENDAH YANG SEDANG BERTUGAS SAMA ADA SECARA INDIVIDU ATAU SECARA KUMPULAN AKAN MENGAMBIL INISIATIF DAN KEPIMPINAN BAGI MENENTUKAN PERANAN DAN FUNGSI MEREKA

 

Setiap kaunselor berperanan untuk menentukan kejayaan atau kegagalan peranan yang dapat diterima oleh kaunselor sekarang dan pada masa akan datang. Para kaunselorsekolah semakin tersusun dan canggih dalam membuat pemilihan dan penentuan tentang apa yang dianggap relevan dalam usaha mentafsir pekerjaan mereka.

 

ALIRAN 19

 

KAUNSELOR ADALAH SAMA DI PERINGKAT RENDAH ATAU MENENGAH AKAN MUNCUL SEBAGAI:

A. KAUNSELOR KEPADA PELAJAR

B. DAN SEKARANG SEBAGAI PAKAR RUJUK KEPADA GURU, IBU BAPA DAN PENTADBIR

 

Perubahan fungsi ini serta perananya kaunselor dua faktor penting iaitu perubahan pada individu dan pada institusi. Kaunselor adalah orang pakar dinamik tingkah laku manusia serta hubungan kaunseling dan rundingan serta pakar pengetahuan teori dan amalan kaunseling dan perkembangan kerjaya.

 

ALIRAN 20

 

FUNGSI PERUNDINGAN KAUNSELOR AKAN MENJADI SEMAKIN BERTAMBAH DIGUNAKAN BAGI MELAKSANAKAN PL 94 - 142

 

Tindakan atau usaha menyediakan pendidikan yang secukupnya untuk semua pelajar cacat dan persekitaran yang lebih luas akan bebas dan akan menyebabkan usaha perundingan oleh kaunselor dengan para guru, pentadbir dan ibu bapa. Kedua-dua fungsi kaunseling dan perundingan akan digunakan untuk melaksanakan program PL 94 - 142.

 

ALIRAN 21

 

SEMAKIN RAMAI KAUNSELOR YANG MENJALANKAN PERUSAHAAN SWASTA SECARA SEPARUH MASA

 

a. Terdapat perubahan pada sikap orang ramai terhadap nilai dan tabiat untuk mendapatkan bantuan peribadi.

 

b. Pemilihan serta kenaikan pangkat pekerja dalam sektor perniagaan dan perusahaan sangat bergantung kepada penilaian profesional.

 

c. Persediaan kaunselor yang lebih luas dan menjangkau bukan sahaja masalah pendidikan tetapi mengakui betapa pentingnya dinamik suasana peribadi.

 

ALIRAN 22

 

KAUNSELOR SEKOLAH AKAN MENJADI SATU BIDANG KERJAYA SEPANJANG HAYAT

 

Kaunseling sekolah akan menjadi profesion yang kekal dengan masa depannya yang cerah bagi mereka yang menyumbangkan kepada sesuatu kepada profesion ini.

 

ALIRAN 23

 

JUMLAH INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MENAWARKAN PROGRAM LATIHAN KAUNSELOR AKAN KEKAL SEBAGAI MANA SAIZ YANG ADA SEKARANG

 

Kebanyakan institusi menawarkan program pendidikan kaunselor di peringkat sarjana selama setahun. Tetapi sekarang program itu ditambah selama dua tahun. Kini semakin ramai pendidik kaunselor merasa bahawa masa melatih para kaunselor patut ditambah kepada dua tahun.

Pertambahan bilangan wanita yang mengikuti program ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor:

a. sesuai dengan tugas wanita.

b. kekurangan bantuan kewangan.

 

 

 

BAHAGIAN 1

KONSEP DAN PROSES BELAJAR

 

Belajar adalah satu kemahiran yang melibatkan berbagai proses. Membaca adalah salah satu proses belajar. Ramai pelajar beranggapan MEMBACA = BELAJAR. Anggapan ini kurang tepat.

 

Belajar bermaksud PENGUASAAN sesuatu maklumat,ilmu, kemahiran, sikap dan tingkah laku. Anda dikatakan belajar apabila anda menguasai apa yang anda pelajari.

 

 

Belajar :

 

BACA/Dengar/Lihat/Fikir FAHAM INGAT KUASAI/Lakukan.

 

Proses Belajar:

 

BELAJAR = SQRRR S: Survey (Tinjau)

Q: Question (Soal)

R: Read (Baca)

R: Recall (Ingat)

R: Revise (Ulangkaji)

 

 

Langkah 1: Tinjauan (Survey)

a. Teliti semua tajuk bagi bab tersebut.

b. Perhatikan tajuk utama dan kecil.

c. Perhatikan graf, rajah, carta, peta serta gambar (jika ada).

d. Baca bahagian pendahuluan dan penutup.

e. Cari soalan atau aktiviti yang dicadangkan di awal dan akhir bab tersebut.

 

 

 

Langkah 2: Bina soalan (Question)

a. Mulakan pada bahagian atau perenggan pertama bab tersebut atau merujuk

kepada tajuk utama.

b. Bina soalan: Siapa...? Apa...? Bila...? Di mana...? Mengapa...? Kenapa...?

Bagaimana...? dan soalan-soalan lain yang sesuai.

c. Cari jawapan kepada setiap soalan yang dibina di atas semasa membaca nanti.

 

 

Langkah 3: Membaca (Read)

a. Baca baris demi baris bab tersebut hingga tamat.

b. Ulangi semula dan tandakan setiap fakta yang menjawab soalan yang anda bina

dalam langkah 2 tadi.

c. Perhatikan juga kata kunci, gagasan dan kesimpulan pengarang.

d. Ulang bacaan jika perlu.

 

 

Langkah 4: Ingat (Recall)

a. Berhenti seketika untuk mengingat semula apa yang telah dibaca.

b. Ulang dengan menyebut atau melafaz isi penting atau fakta yang digaris.

 

 

Langkah 5: Ulangkaji (Revise)

a. Semak semula apa yang telah dibaca terutama isi penting.

b. Baca semula setiap tajuk utama.

c. Perhatikan tulisan yang bertanda (fakta/isi penting)

d. Baca jawapan anda dengan secara yang boleh didengar.

e. Tulis nota ringkas, sebaiknya dalam bentuk peta minda.

f. Buat penilaian bagi bab yang sudah selesai anda membaca.

 

 

BAHAGIAN 2

TEKNIK MEMBACA

 

Membaca merupakan satu proses belajar yang sangat penting kerana kebanyakan maklumat diperolehi melalui cara ini. Membaca boleh dilihat sebagai satu proses menulis kembali bahan yang dibaca di dalam minda (Walter, 1985).

 

MEMBACA bermaksud MEMAHAMI apa yang dibaca. Membaca tanpa kefahaman dikatakan MELIHAT (Speed Learning, 1986).

 

Anda dikatakan FAHAM jika anda :

 

Dapat membezakan status maklumat.

Menyenaraikan idea-idea utama dan isi-isi penting sesuatu tajuk.

Memberikan contoh-contoh yang tepat.

Menterjemahkan fakta dalam bentuk praktikal (amalan).

 

Kemahiran Membaca Nota (MAGIE)

M - meaningful

A - attractive

G - graphical

I - interesting

E - Easy recal

 

 

Teknik Membaca ada 4.

 

a. Teknik Skimming.

i. lihat tajuk utama.

ii. bacaan selektif.

iii. maklumat umum.

iv. cepat/pantas.

v. meliputi - isi kandungan, pengenalan, rumusan, indeks, bibliografi.

 

b. Teknik Scanning.

i. bacaan selektif.

ii. maklumat tertentu.

iii. cepat/pantas.

iv. mencari jawapan sesuatu masalah.

 

c. Teknik Reseptif.

i. Bacaan menyeluruh.

ii. maklumat lengkap.

iii. lambat dan teliti

iv. mendalam.

 

d. Teknik Intensif.

i. bacaan menyeluruh.

ii. maklumat terperinci.

iii. lambat dan teliti.

iv. membuat nota.

 

 

 

BAHAGIAN 3

TEKNIK MENGAMBIL NOTA

 

Semasa guru memberi kuliah pelajar perlu mengambil nota. Ini kerana nota yang disalin merupakan satu rekod kekal yang boleh dirujuk dan digunakan pada masa yang lain. Adalah sukar bagi pelajar untuk MENGINGAT semua perkara yang dibincangkan oleh guru tanpa menyalin nota.

 

Kaedah Cornell.

 

Menurut kaedah ini kertas nota dibahagikan kepada dua bahagian. Pada bahagian kiri, pelajar boleh tulis/salin semua nota yang difikirkan perlu. Pada bahagian kanan, pelajar buat ringkasan idea-idea utama, isi penting dan lain-lain.

 



TAJUK:____

 

 

 

 

  

5 CM

 

 

Soalan-soalan juga dapat bertindak sebagai penapis yang mengumpul fakta atau maklumat yang berkaitan dan penting. Ia juga menjadi struktur yang membantu pemahaman terhadap kandungan yang didengar. Gunakan soalan-soalan berpanduan kata tanya seperti berikut:

 


SIAPA



APADI MANA untuk mencari dan mengumpul maklumat.BILABAGAIMANABILA




MENGAPA untuk menganalisis, membuat inferens, mentafsir dan merumus.

 

BAHAGIAN 4TEKNIK MEMBUAT NOTAWillie mengambil 8 subjek. Katakanlah buku teks/rujukan setiap subjek mengandungi 50 muka surat. Ini bermakna Willie terpaksa menghafal 4000 muka surat. Oleh kerana Willie pelajar yang pintar, dia hanya menghafal 40 muka surat. Semua bahan yang terdapat dalam 4000 muka surat dinotakan menjadi 40 muka surat. Setiap kali anda mempelajari sesuatu tajuk anda mesti membuat nota atas banyak sebab.

 

Ciri-ciri nota yang efektif.

 

Apabila anda membuat nota, pastikan nota anda mempunyai ciri-ciri berikut:

 

1. Meaningful.

Bermakna, jelas, lengkap, padat dan ringkas.

 

2. Organise.

Sistematik, tersusun mengikut urutan seperti proses, tarikh, fenomena dan lain-lain.

 

3. Visualised.

Dalam bentuk yang boleh digambarkan.

 

4. Interesting.

Menarik minat dan tidak membosankan.

 

5. Feedback.

Memberi jawapan kepada soalan yang berkaitan dengan tajuk.

 

 

6. Association.

Susunan idea utama, isi-isi penting. Contoh berkaitan.

 

7. Attention.

Meningkatkan perhatian dan daya tumpuan.

 

 

Konsep Peta Minda.

 

Peta minda ialah satu kaedah bagaimana pelajar boleh menyusun fakta, data dan maklumat mengikut kepentingan berdasarkan tajuk-tajuk tertentu. Sesuatu tajuk dipecahkan kepada beberapa idea utama dan setiap idea utama dipecahkan kepada beberapa isi penting.

 




I P 4.1 I P 1.1 I P 1.2I P 4.2 I U 4 I U 1 I P 1.3I P 4.3 tajukI P 3.1I P 3.1 I P 2.1I P 3.2 I U 3 I U 2 I P 2.2I P 3.3 I P 2.3 I U = Idea Utama I P = Idea PentingTeknik Membuat NotaTerdapat berbagai teknik membuat nota yang boleh digunakan. Pelajar perlu mempelbagaikan kaedah/teknik membuat nota kerana bahan pembelajaran yang dipelajari juga berbagai bentuknya. Pelajar boleh menggunakan satu teknik untuk sesuatu bahan pembelajaran atau gabungan beberapa teknik jika perlu.

 

Di antara teknik-teknik membuat nota ialah:

 

1. Teknik senarai isi/fakta.

2. Teknik carta aliran.

3. Teknik Skima.

4. Teknik Neumonik - huruf, perkataan,cerita.

5. Teknik Gambarajah

6. Teknik Grafik.

7. Teknik Lagu.

 

 

BAHAGIAN 5

TEKNIK MENGINGAT.

 

Ingatan adalah satu proses menyimpan dan memanggil balik maklumat dalam otak manusia. Ingatan terbahagi kepada dua:

a. Ingatan Jangka Pendek.

Ingatan bentuk ini berlaku apabila maklumat tersimpan dalam jangka masa yang pendek, misalnya beberapa minit, jam atau hari.

b. Ingatan Jangka Panjang.

Ingatan bentuk ini berlaku apabila maklumat yang tersimpan direkodkan untuk kekal dalam otak manusia.

 

Kajian menunjukkan ingatan bukanlah seperti suatu bekas yang beransur-ansur penuh tetapi seperti suatu pohon yang sentiasa menumbuhkan cangkuk (hooks).

 

Faktor yang menyebabkan pelajar lupa.

1. Tidak FAHAM pengajaran guru atau ketika belajar sendiri.

2. Tumpuan tidak 100% ketika belajar.

3. Tidak mengambil dan membuat nota dengan cara yang sistematik.

4. Kurang bertanya dengan guru.

5. Kurang latihan/ulangkaji dan perbincangan dengan guru/rakan.

6. Tiada sistem mengingat yang efektif.

7. Kurang membuat uji diri.

8. Motivasi belajar rendah.

9. Emosi tidak stabil.

10. Kesihatan dan kecergasan fizikal yang rendah.

 

 

Teknik Mengingat

 

Pada umunya ingatan melibatkan proses berikut:

I. Enkod - Proses pendaftaran maklumat.

ii. Penyimpanan- Maklumat dirakamkan.

iii. Dekod - Proses memanggil balik maklumat.

 

Oleh itu, sebelum anda memilih sesuatu teknik mengingat, anda hendaklah terlebih dahulu memastikan.

I. memahami sepenuhnya bahan pembelajaran yang hendak diingat.

ii. menyusun maklumat dalam bentuk nota yang sistematik, lengkap dan padat.

iii.menunjukkanperkaitan/hubungan sesuatu maklumat dan situasi penggunaannya.

 

 

Di antara teknik mengingat yang boleh digunakan ialah:

1. Teknik Ulangan (sebut banyak kali)

2. Teknik Neumonik (huruf)

3. Teknik Gambarajah/Piktograf

4. Teknik Cerita.

5. Teknik Lagu.

6. Teknik Lakonan/main peranan.

7. Teknik Sangkutan.

8. Teknik Visualisasi (gambaran)

9. Teknik Unggulan (perkataan pelik)

 

 

MOTIVASI SEMANGAT/ PERCAYA DIRI/ YAKIN DIRIBIBLIOGRAFI1. Abdul Rahim Selamat (1992); Belajar Cara Belajar, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise.2. Salihan Siais (1991); Teknik Belajar Berkesan, Kuala Lumpur, Sri Maju Sdn. Bhd.3. Zaini Ujang (1993); Motivasi dan Kaedah Membaca, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise.

4. Mohd Nashuda Jamidin (1996); Kemahiran berfikir dan belajar,

Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

 

 

 

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

PENSYARAH : EN. LIM KEAT HENG

 

" KEMAHIRAN BELAJAR "

 

GURU PELATIH :

 

WILLIE GABRIEL ENAK

RINAI SELUTAN

KONG MEI LUNG

KONG LEH TING

 

 

KUMPULAN:

M5S 696

 

 

5 CM

 

TAJUK:________

 

I hear and I forget

I see and I remember

I do and I understand

 

(Chinese Proverb)

 

Kebanyakan orang gagal bukan kerana mereka tidak pandai, tetapi kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menjadi pandai.

 

Pak Su

 SEBELAH >