ARAH /ALIRAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini pendidikan kerjaya telah muncul sebagai unsur keperluan kerjaya telah muncul sebagai unsur keperluan segara dalam pendidikan. Walaupun tumpuan masa kini lebih tertumpu pada konsep pendidikan kerjaya dan kemahiran dalam mata pelajatran tetapi program bimbingan dan kakitangan dijangkakan akan menyediakan perkhidmatan asas dan perkhidmatan sokongan dan memberikan kepimpinan dalam pendidikan kerjaya.
Pengetahuan kaunselor tentang perkembangan kerjaya dan pekerjaan dan maklumat serta perancangan pendidkan dengan sendirinya menjadi asas kepada kepimpinan dan penglibatan mereka dalam perkembangan dan perlaksanaan program pendidikan kerjaya. Kaunselor akan menjadi orang yang sangat-sangat diperlukan dalam usaha mengintegrasikan sumber pendidikan kerjaya di sekolah dan dalam komuniti.
Sebagai reaksi kepada tuduhan yang mengatakan tumpuan pada perkembangan intelek sahaja akan merosakkan perkembangan peribadi, maka pihak sekolah akan menawarkan kepada pelajar pelbagai pengalaman kurikular yang menitikberatkan penjelasan tentang nilai, dilema moral, proses pembuatan keputusan, dan prinsip-prinsip kesejahteraan psikologi. Hasil daripada aspek ini dan aliran pertama yang wujud ialah program bimbingan akan bergantung, walaupun tidak diketahui sebelumnya, pada pengalaman kurikular untuk mencapai objektifnya
Adalah dijangka pentadbiran perkhidmatan bimbingan pada masa akan datang berasaskan penggunaaan sistem yang diselaraskan dan malahan penggunaan sumber, kemudahan, dan kakitangan wilayah yang berasaskan faktor geografi. Mungkin juga perkhidmatan bimbingan bagi sekolah rendah sekolah menengah dan bimbingan di peringkat tinggi dapat disusun menjadi satu unit khas yang dibentuk untuk tujuan yang tertentu agar keperluan kemanusiaan para pelajar dapat dipenuhi dalam satu-satu wilayah geografi yang dinyatakan.
Dengan yang demikian, perkhidmatan bimbingan yang bermutu tinggi akan diberikan kepada pelajar secara berperingkat-peringkat, bermula dengan sekolah rendah hinggalah ke peringkat dewasa. Seterusnya, tanggungjawab bimbingan bagi guru, kaunselor, pentadbir serta kakitangan lain yang berkaitan dengan pelajar aan terselah.
Kadar pengangguran di kalangan mereka yang ingin memasuki pasaran buruh masih tinggi dan perkhidmatan ini dianggap sebagai tindak balas bagi aliran yang mencemaskan ini. Perkhidmatan penempatan kerjaya akan ditubuhkan sebagai sebahagian penting program bimbingan yang menawarkan perkhidmatan rujukan untuk mendapatkan peluang kerja, mengajar teknik mencari kerja, mendapatkan senarai pekerjaan, memohon pekerjaan, serta membuat penempatan pekerjaan dan khidmat susulan.
Semakin banyak sekolah akan menyediakan strategi campur tangan krisis untuk membantu pelajar yang menghadapi keadaan yang angat mengelirukan akibat krisis-krisis seperti kematian, keganasan, perpisahan dalam keluarga, penderaan dan berbagai-bagai lagi. Sepanjang masa persekolahan, sesetengah pelajar mengalami peristiwa traumatik. Kaunselor boleh mereka bentuk strategi yang dapat menolong menyelesaikan tekanan dan kecemasan yang berkaitan dengan satu-satu krisis.
Undang-undang Persekutuan yang baharu yang terkandung dalam Family Educational Rights and Privacy Act of 1974 serta perubahan yang dibuat kemudiannya memberikan mandat untuk menukar cara rekod pelajar yang hendak digunakan dan diberikan kepada orang lain hendaklah melindungi khak dan rahsia pelajar tersebut; tetapi ia semestinya akan mempengaruhi cara ia disimpan dan direkodkan. Untuk mematuhi peraturan ini, sekolah-sekolah mestilah membentuk prosedur dan dasar yang akan dapat menjamin akses bagi mendapatkan rekod dan mengemaskinikan prosedur yang berkaitan dengan perlepasan isi kandungnnya.
Ini dapat mengelakkan pembiayaan rawatan yang mahal atau membaiki gangguan tersebut apabila ia berlaku. Penemuan ubat yang berkesan untuk mengubati tekanan jiwa telah dapat membantu ramai orang mengekalkan pekerjaan mereka. Walaupun amalan kaunseling dan psikoterapi telah berkembang maju, namun ia masih lagi bersifat resrospektif dengan tumpuan pada pemulihan apabila gangguan emosi berlaku. Pada masa-masa akan datang, tumpuan mungkin akan beralih pada pencegahan gangguan emosi yang berpunca daripada faktor utama (keturunan) dan faktor kedua (pemakan, tingkah laku sosial, tabiat, perseitran dan barbagai-bagai lagi).
Walaupun lalu para pentadbir sekolah lebih suka mengabil kaitangan separuh masa sahaja untuk program bimbingan tetapi kecenderungan mendapatkan kaunselor sepenuh masa sudah bermuala dan nampaknya akan terus diamalkan. Adalah dijangka semakin banyak sekolah yang akan menyediakan perkhidmatan sepanjang tahun.
Kadar pertambahan di seluruh negara adalah kira-kira tiga peratus. Dengan turunnya kadar pendaftaran kanak-kanak sekolah, seseorang akan mengetahui bahawa ini bermakna pengambilan kaunselor akan berkurangan. Walaupun permintaan dan penerimaan orang ramai terhadap kakitangan kaunselor tidak banyak berubah, tetapi kadar kelahiran yang menurun yang kakan mengurangkan akan menjadikan permintaan bagi kaunselor tidak lagi tinggi seperti dahulu.
Pihak kerajaan negari dan pusat akan terus memperuntukkan bantuan kewangan untuk program bimbingan dan pendidikan kerjaya. Semakin banyak sekolah yang akan memikirkan untuk menyediakan perbenlanjaan yang lebih banyak bagi program pendidikan kerjaya, walaupun dengan kadar yang agak lembap. Lebih ramai kakitangan bimbingan akan diambil di jabatan pendidkan negari untuk menguruskan tabund ini. Kakitangan jabatan pendidikan negari akan menambah perkidmatan rundungan dan penyeliaan kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah.
Penggunaan alat teknologi moden dalam penyelidikan dan dalam amalan bimbingan agak semakin maningkat. Aspek yang penting ialah penggunaan komputer digital. Penggunaan komputer yang telah begitu dalam penyelidikan pendidikan telah membuktikan keupayaan dan kemampuannya memainkan peranan yang lebih penting daripada peranan tradisinya, iaitu dalam aspek penyimpanan dan pengeluaran rekod pelajar, mengendali dan mengawal data statistik, serta menilai data pelajar yang begitu banyak untuk melihat sifat-sifat pelajar yang tersembunyi, juga telah terbukti bahawa komputer sangat berguna dalam pertemuan kaunselor klien.
Penyeldikan dan kajian yang menilai program dan amalan bimbingan dijangka akan meningkat. Oleh sebab semakin ramai pihak sekolah dan kaitangan am yang akan bertanya, "Apakah gunanya bimbingan "? maka usaha yang lebih besar akan diluaskan lagi bagi aktiviti-aktiviti penyelidikan dan kebertanggungjawapan. Kajian-kajian dalaman tentang data keterangan pelajar, situasi yang berupaya menggiatkan pelajar, situasi serta faktor-faktor yang ada kaitan dengan proses kaunselor akan dijalankan dengan lebih meluas dan lebih bersungguh lagi di sekolah.
Fungsi kakitangan bimbingan sekolah akan mengalami perubahan, iaitu wujud pengkhususan. Apabila sekolah kecil semakin mantap dan jumlah kaunselor yang diambil mantap sekolah bertambah, tugas kaunselor akan dikhususkan.Umpamanya, seorang kaunselor mungkin diberi tanggungjawab untuk kaunseling dan penempatan di kolej, dan kaunselor yang ketiga pula dipertanggungjawab dengan kaunseling peribadi, serta yang keempat akan membantu golongan yang cacat. Memang telah ada sekolah yang telah menentukan tugas-tugas yang berbentuk pengkhususan dan yang lain-lain dijangka akan berbuat demikian.
latihan kaunselor akan kekal sebagaimana saiz yang ada sekarang.
Pada masa ini kira-kira 475 buah kolej dan universiti menawarkan program latihan yang menyediakan pelbagai pekerjaan dalam bidang pendidikan bagi para kaunselor. Kebanyakan institusi tersebut menawarkan program pendidikan kaunselor di peringkat sarjana selama setahun. Sepuluh tahun dari sekarang program dua tahun. Satu dekad yang lalu, banyak pendidik kaunselor mempercayai bahawa pendidikan bagi mengeluarkan kaunselor akan berubah daripada setahun kepada program sepehnuh masa bersepadu selama dua tahun bagi pendidikan lepas ijazah. Namun usaha tersebut tidak pernah digerakkan sepenuhnya.Kini semakin ramai pendidik kaunselor metrasakan bahawa masa melatih para kaunselor patut ditambah kepada dua tahun.
Kajian yang luas akan dijalankan untuk meningkatkan kaedah pemilihan bagi kemasukan dan pengekalan calon-calon yang mengikuti program persediaan bagi kaunselor. Melihat kepada kecekapan prestasi yang diperlukan sebagai kaunselor, adalah jelas bahawa kebanyakan program menekankan prestasi akademik untuk kemasukan. Walau bagaimanapun, patut diingatkan bahawa memang ada rasionalnya untuk menekankan amalan ini kerana kebanyakan program persediaan kaunselor hati ini memang menekankan kecekapan akademik. Namun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak patut dijadikan sebagai ciri tunggal, walaupun ia penting bagi program yang bermutu. Dengan itu usaha penyelidikan akan semakin ditumpukan pada usaha mengenal pasti faktor-faktor peribadi yang penting untuk kejayaan prestasi kaunselor.
Keperluan pensijilan negara akan ditingkatkan dan syarat ini juga akan beransur-ansur menjadi lebih seragam bagi kelima-lima puluh buah negeri. Pensijilan bagi kakitangan bimbingan negari sentiasa berubah-rubah akibat perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam program persediaan kaunselor. Hal ini akan berterusan pada masa akan datang. Perubahan akan berlaku dalam beberapa hal:
(a). jangka masa pengalaman mengajar akan dikurangkan dengan banyaknya kepada satu tahun sahaja atau digantikan dengan "internship" bimbingan.
(b). prosedur timbal balik akan diusahakan supaya kakitangan yang dilatih di mana-mana institusi dalam sesebuah negeri yang diperakui di peringkat kebangsaan dapat bertugas di sekolah di mana-mana negeri.
(c). amalan memberi atau mengecualikan pemberian sijil kepada kakitangan yang hanya menjalankan kaunseling separuh masa.
(d). penentuan kelayakan calon untuk menjawat jawatan dalam bidang bimbingan di ekolah akan lebih bergantung pada institusi pendidikan dan bukannya gantung pada jabatan pendidikan negeri.
Walaupun kaunselor sekolah akan terus diberikan tauliah apabila memenuhi syarat pensijilan, tetapi bagi mereka yang mahu memberikan khidmat kaunseling di luar institusi dengan mengenakan bayaran terpaksalah mendapatkan lesen untuk perkhidmatan tersebut. Buat masa ini tiga buah perkhidmatan tersebut. Buat masa ini tiga buah negeri (Virginia, Arkansas dan Alabama) telah menggubal undang-undang perlesenan bagi kaunselor, dan negeri-negeri lain juga dijangka akan berbuat demikian. Kaunselor yang bertugas di sekolah kerajaan tetapi memberi khidmat persendirian dengan bekerja secara sampingan dalam agensi yang mengenakan bayaran, dikehendaki mendapatkan lesen.
Dalam beberapa tahun yang lampau, bilangan wanita yang berjaya memperolehi ijazah sarjana dalam bidang kaunseling telah meningkat dengan banyak. Ada beberapa faktor yang mendorong aliran begini. Yang pertama, profesional bantuan seperti ini memang dari segi tradisi dan dari sosial dianggap sebagai tugas wanita. Yang kedua, kekurangan bantuan kewangan daripada kerajaan pusat bagi pengajian siswazah telah mengurangkan calon lelaki yang memasuki program persediaan kaunselor. Yang ketiga ,gerakan menegakkan hak kaum wanita untuk mengikuti program pendidikan di peringkat sarjana dan memasuki bidang pekerjaan ini. Atas sebab-sebab yang telah dinyatakan, di samping sebab-sebab yang lain, jumlah kaunselor wanita yang mengikuti program persediaan kaunselor telah bertambah dan akan terus bertambah.
Setiap kaunselor, sama ada disedari atau tida, berperanan menentukan harapan orang lain terhadap profesion kaunselor sekolah.Setiap kaunselor juga berperanan menentukan kejayaan atau kegagalan peranan yang dapat diterima oleh kaunselor sekolah sekarang dan pada asa akan datang. Kaunselor tidak dapat melarikan diri daripada membuat takrifan tentang peranan kaunselor kerana ia merupakan tanggungjawab peribadi. Mereka yang mahu melepaskan tanggungjawab ini, sama ada kerana kejahilan mereka atau kerana sikap tidak peduli, tidak dapat tidak akan mempengaruhi aliran peristiwa, walaupun pengaruh mereka itu tidak kuat.
Kaunselor di hari ini bertugas di tengah-tengah pelbagai harapan yang begitu kompleks. Walaupun keadaannya memang begitu, tetapi pada awal tahun 1980-an satu konsensus tentang apa yang boleh dan patut dilakukan oleh kaunselor mula muncul. Walau bagaimanapun, apa yang muncul itu tidak pula mendapat sokongan sepenuhnya. Sesetengah orang ingin agar fungsi kaunselor yang bermacam-macam itu dikekalkan. Sementara yang lain pula terus mahukan tugas yang minimum sahaja. Masalah untuk mendapatkan kata sepakat daripada mereka yang mengaku sebagai ahli dalam profesion kaunseling sekolah terhadap peranan kaunselor sekolah adalah usaha yang sangat sukar dan mungkin tidak berjaya.
Perubahan fungsi dan peranan kaunselor mestilah meliputi dua faktor iaitu perubahan pada individu dan perubahan pada institusi. Konsepsi kaunselor terhadap apa yang dianggap masalah kaunseling yang sah mestilah berpunca daripada perubahan program yang teratur. Perubahan program akan semakin terselah jika wujud perubahan pada seseorang kaunselor, juga kefahaman mereka tentang apa yang mereka buat dan rasional apakah yang menyebabkan mereka melakukan sesuatu.
Tindakan atau usaha menyediakan pendidikan yang secukupnya untuk semua pelajar cacat dalam persekitaran yang lebih bebas, akan melibatkan usaha perundingan oleh kaunselor dengan para guru, pentadbir dan ibu bapa. Perundingan ini perlu untuk menilai pelajar, mereka bentuk rancangan pendidikan, mengawal program, serta memberikan maklumat kepada ibu bapa. Pada hakikatnya, kedua-dua fungsi kaunseling dan perundingan akan digunakan untuk melaksanakan program PL94-142.
Ada beberapa faktor yang mendorong kaunselor ke dalam aktivti ini. Di antaranya ialah:
(a).Terdapat perubahan sikap orang ramai terhadap nilai dan tabiat untuk mendapatkan bantuan peribadi.
(b).Pemilihan serta kenaikan pangkat pekerja dalam sektor perniagaan dan perusahaan sangat bergantung pada penilaian profesional.
(c). Persediaan kaunselor yang lebih meluas yang menjangkau bukan sahaja masalah pendidikan tetapi mengakui betapa pentingnya dinamik suasana peribadi.
Walau apa pun, sebabnya, semakin ramai kaunselor yang menawarkan perkhidmatan berbayar ini disamping pekerjaan tetap mereka di dalam suasana yang lebih tradisional.Di kebanyakan negeri, amalan ini menimbulkan konflik dengan pihak yang mengawal aspek perlesenan dan pensijilan yang harus dipatuhi oleh mereka yang mahu memberikan perkhidmatan psikologi kepada orang ramai.
Pada satu waktu dahulu dan malahan hingga hari ini pun kaunseling sekolah hanya dianggap sebagai batu loncatan kepada kerjaya pentadbiran. Ramai yang memasuki bidang kaunseling dengan alasan yang negatif dan bukan positif. Namun begitu, hari ini kaunselor bukan sahaja bercakap tentang sebagai kaunselor tetapi mereka juga bercakap tentang betapa kaunselor itu merupakan satu profesion. Persediaan profesional mereka, sekiranya berjaya, akan menjadikan mereka dan fungsi mereka dikenali dengan identiti psikologi dan dengan itu seseorang itu mempunyai identiti pekerjaan yang bermakna.
Nampaknya kaunseling sekolah kini sudah pasti dapat menjadi profesion yang kekal dengan masa depannya yang cerah bagi mereka yang menyumbangkan sesuatu kepada profesion ini. Dengan itu, profesion ini sendiri mendapat pengiktirafa n dan martabat yang sangat diperlukan oleh kaunselordengan tidak perlu melalui"jalan" pentadbiran sekolah lagi. Walau bagaimanapun, untuk mewujudkan satu indentiti profesional yang kekal dan yang mantap bukanlah satu perkara yang mudah. Kaunselor akan berhadapan dengan berbagai-bagai masalah. Namun begitu jika dibandingkan dengan masa-masa lalu, mereka akan mendapati lebih mudah untuk menjlaskan definisi peranan yang mereka sama-sama bentuk.
Sebelah >